wardah solehah

Monday, February 2, 2009

Hutan Lipur Kuala Woh

Aku: Kak, jom g jalan-jalan kat Kuala Woh. Kalu akak ok, kita balik kampus jumaat ptg, then kita g sane sabtu pagi dalam kol 8pg tgu akak kat bus stop depan. Kalu kak free la. Kalu bz, xper.

Kak Hanis: ok..bley jer..

Aku: ok..=)

Pagi tu aku tgu kak Hanis kat depan Kampus. Aku duduk kat bus stop. 8.20pg baru kak Hanis muncul. Then, beberapa minit kemudian, bus pun sampai..perjalanan kami mengambil masa selama lebih kurang 3 jam dari kampus ke Kuala Woh. Memang penat la. Bayangkan kami naik 3 bus. Masa dalam bus macam-macam aku berborak dengan kak Hanis. Especially pasal company. Memang seronok borak dengan kak Hanis. Dia seorang pendengar yang baik. Macam-macam benda baru yang aku dapat dari Kak Hanis. Mula- mula memang rancang nak terus g kat Kuala Woh tu, tapi tetibe kak Hanis ajak g umah sorang sahabat ni dulu. Sebab umah dia dekat je dengan Kuala Woh tu. Kami berada di rumah Sayang sekejap je. Kebetulan masa kami datang dia dah nak balik kampus. Lepas, beberapa minit beborak ngan ibu Sayang, kami pun g Kuala Woh ngan teksi. Dekat je sebenarnya. Jalan kaki pun bley.

Sewaktu sampai di Kuala Woh, Aku terus g survey tampat. Sebenarnya tujuan utama aku g sane nak survey tampat ntok KRU. Subhanallah.. memang cantik tampat tu. Kat situ ada kolam air panas, ada titi gantung, ada muzium, ada track dan yang paling penting ada camping side. Camping side die memang ok n sesuai nak wat program KRU. Siap da kawasan khemah lagi. Challet jangan cakap la..of course ada. Setiap challet ada toilet. Toilet awam pun ada gak. Dekat ja dengan kawasan Challet. Sewa untuk Challet sangat murah dan sangat selesa. Ada surau yang cantik dan bersih, Dewan yang besar, dan padang yang luas.

Sebelum aku pergi tengok2 camping side, aku naik titi gantung dulu. Lepas naik titi gantung baru jumpe track dan muzium. Ingat kan nak masuk muzium, tapi tutup time tu. Lepas tu, baru aku g camping side..Time tu, budak-budak UPM tengah wat program. Tapi, Kak Hanis dengan beraninya jupa salah sorang budak UPM dan cakap nak try masuk kawasan camping dorang untuk wat survey. Dorang ok ja. Tetibe perut berbunyi lapar. Aku pun cakap ngan kak Hanis. Kak, jom gi makan. Lapar..’ok’ jawab Kak Hanis. Biar akak belanja. Akak dah keje. Aku pun tak kesah. Seronok gak ada orang belanja(Monolog)..ehehe..Sebelum makan, kami singgah jap kat Office Kuala Woh tu. Kami dapatkan list sewa untuk camping side. Sampai je kat gerai. Terus order makanan. Ermmm…sedapnya dapat makan..Alhamdulillah..sambil makan, sambil buat costing untuk penempatan dan makanan dengan meniliti senarai kadar sewa untuk penempatan. Bila kira-kira. Memang murah lah. Penempatan hanya RM350 dan makanan catering hanya RM800. Mane nak dapat sewa murah macam tu..jika nak dibandingkan dengan camping side yang sangat sesuai dan selesa.

Lepas perut kenyang, aku ajak kak Hanis g main air kat sungai. Sangat ramai pengunjung ketika itu. Segan pun ada gak. Tapi main air ja, bukan mandi pun. Tetibe aku terjerit..Aduhhh…panas nya…sebenarnya aku tak perasan. Time tu, aku berada di kolam air panas. Kelakar betol. Kak Hanis gelakkan aku. Sebenarnya taklah terlalu panas pun. Cumanya aku terkejut.. nasib baik aku jerit, xdak sape y dengar. ketike itu aku message asmah. Aku cakap aku sedang berada di Kuala Woh. Then die call. Aku ceritakan sedikit suasana disini..die seolah-olah teruja dan suruh aku g booking tempat tu untuk KRU..setelah habis bercerita, phone pun mati. Aku tersedar.. ehh dah lambat nih..x solat lagi..(suara hati)..kak jom gi solat. Aku memang tak sedar. Syok sangat main air..tetibe Zhafran call pulak..suh booking gak tempat tu. Sebelum gi surau, aku terus g office nak booking tempat. Tapi sayang, dah full. Bulan 3 je available. Aku terus message dorang, cakap dah full. Perasaan aku ketika itu, sangat sedih..tapi, takpelah. Kita merancang, Allah juge merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Btol x??. Allah x lihat hasil, tapi Allah lihat pada usaha kita. Aku berjemaah di surau bersama Kak Hanis. Kak Hanis banyak bagi nasihat dan dorongan pada aku. Seronok sangat-sangat. Lepas solat, kami call pakcik teksi suh amek kami kat Kuala Woh.

Kami pun balik. Sampai di Tapah, kami amek bus ke Kampar, dari Kampar, kami amek bus ke Gopeng. Sepatutnya amek bus ke Medan Kid, Tapi kami nak singah jap kedai kereta. Nak survey kereta. Sebanyak 6 kedai kami survey. Aku berkenan dengan kete GTI. Nice!!.dah lah murah dan nampak baru lagi..walaupun secondhand. Tapi, kurang sesuai untuk gerak keje persatuan. Ketika di kedai kete macam-macam bende aku tahu tentang kereta. Astahgfirullah al azim..kak. Kita dah lambat ni, x solat asar lagi. Yelah..jom kita solat dulu. Nek teksi la. Nak x? cepat sket. Takot x sempat. Ok jer..Alhamdulillah beberapa mint kemudian teksi sampai. Kami terus g medan Kid. Ketika di dalam teksi, kami lalu satu area, yang mane banyak kedai kete kat ctu. Kak tengok tu..ish3x banyak nye kdai jual kete kat Perak ni. Kami terus plan, yang kami akan pergi kat citu when kami free nanti..InsyaAllah tak lama lagi. Masa dalam teksi lagi hujan turun dengan lebatnyer. Sampai jer kat medan Kid, Aku dan Kak Hanis terus g bli tiket balik Kampus. Kami terpaksa redah hujan semata-mata nak beli tiket. Kami dapat tiket akhir pukul 7malam. Alhamdulillah nasib baik ada tiket. Kalau x, x balik kampus lah nampaknya. Then, kami terus g satu restaurant dan tanye owner restoren tu. Ada x tempat solat area medan Kid? Pakcik tu cakap ada tu memang da. Tapi, tempat kurang selesa dan kemungkinan besar tempat tu banjir. Try g tengok kat belakang restoren ni. Kami pun bergegas kesana. Aku sangat terkejot..Kak betol ke tu tempat solat?..jawab Kak Hanis. Yep. Tempat tu, memang banjir sket. Susah untuk digambarkan. Tapi, nasib baiklah tak kotor sangat. Alhamdulillah masih boleh untuk solat. Kami berjemaah di sana dalam keadaan yang basah kuyup. Aku cakap ngan Kak Hanis sambil tersenyum, ni barulah betol-betol tarbiyyah. Kami berjemaah disana. Selepas solat, kami dapatkan bus. Dan terus naik bus. Kak Hanis duduk tepi sebelah tingkap. Aku duduk sebelah Kak Hanis. Kesian Kak Hanis masa tu. Bumbung bus tu bocor. Habis Kak Hanis n Beg die basah. Tapi nasib baiklah tak basah kuyup. Hujan terus turun dengan lebatnye..tanpa henti. Beberapa minit kemudian, akhirnya aku sampai di kampus gak. Aku terus ke Pusat Islam untuk solat maghrib dan isya’ disana. Then, baru balik bilik. Macam-macam mehnah dan tribulasi yang aku hadapi semasa bersama-sama Kak Hanis. Sume benda tu menjadi kenangan manis wat aku. Syukran jazilan Kak Hanis kerana sudi menemani aku jalan-jalan.

1 comment:

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..