wardah solehah

Thursday, February 19, 2009

Hati



“Pandangan mata selalu menipu..pandangan hati selalu tersalah..pandangan nafsu selalu melulu..”begitulah lirik lagu yang sering diperdendangkan oleh ahli kumpulan nasyid Hijjaz.

Sebagai seorang daie, perlunya kita menjaga hati, bila mana daei tidak menjaga hatinya maka rosaklah dirinya, lantas terfitnahlah islam kerananya dan runtuhlah dakwah ditangannya. Na'uzubillah..Seketul daging yang dijadikan Allah dan diletakkan dalam anggota badan kita adalah merupakan segumpal darah anak adam yang dipanggil hati. Jika hitam daging itu, maka buruklah akhlak dan seluruhnya, jika bersih daging itu, maka cantiklah luarannya dari segi akhlak khususnya. Mendidik hati dan mentarbiyyah diri bukanlah mudah sepertimana yang disangka.

Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan masalah hati. Terutama sekali bila mana kita berada dalam organisasi di dalam persatuan yang menjadi penggerak kepada kerja-kerja islam itu sendiri. Masalah hati yang timbul sesama lelaki dan sesama perempuan seterusnya membawa kepada permasalahan hati antara lelaki dan juga perempuan. Contoh masalah hati antaranya dengki, su’uszzhon , iri hati dan sebagainya. Masalah hati yang timbul antara lelaki dan juga perempuan yang dimaksudkan adalah lahirnya perasaaan suka, cinta, dan sayang yang mengundang kepada dosa-dosa besar hasil dari perbuatan zina mata, hati, tangan dan seumpama dengannya.

Gejala negative ini adalah menjadi virus dalam haraki islam dan merupakan penyakit keturunan. Ianya perlu dirawat sesegera mungkin supaya tidak menjadi barah dalam perjuangan islam seterusnya merencatkan kegiatan dakwah. Gerak kerja islam yang dilakukan perlulah bersih lagi suci dari segala kekotoran yang membinasakan supaya datangnya keberkatan dalam menuju mardhatillah. Ada beberapa proses yang perlu dijalani oleh semua individu muslim dalam menyelesaikan masalah ini sepertimana nasihat yang diutarakan oleh Ibrahim Al-Khawas penyucian hati berlaku apabila:


1) Sentiasa berzikir mengingati Allah
2) Membaca A-Qur’an
3) Tahajjud di sepertiga malam
4) Bergaul dengan orang-orang yang soleh
5) Mengamalkan puasa sunat secara istiqamah

Ia merupakan godaan syaitan yang menodai anak adam. Godaan-godaan ini hendaklah kita tepis dengan mengamalkan kaedah-kaedah penyucian hati yang disebutkan di atas. Elakkan “cinta ana enti” bagi pejuang-pejuang islam. Terutama sekali kepada daei, anda adalah role model dan aktivis dakwah. Mad’u meletakkan kepercayaan kepada daie. Slogan “Inni daie ilallah” begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh aktivis-aktivis dakwah terdahulu. Moga slogan itu, menjadi pencetus perubahan kepada kita sebagai pendokong islam.

Ayuh!!..sahabat-sahabat..sama-sama kita koreksi diri. Islah diri lakukan tajdid. Lakukan perubahan dari semasa kesemasa secara konsisten. Bersangka baik sesama manusia. Sama-sama mendidik hati dan mentarbiyyah jiwa. Tahajjud dan bermunajatlah kepadaNya sebagai tanda kerdil seorang hamba. Katakan tidak pada nafsu yang membinasakan. “Syurga itu mahal, berusaha mendapatkannya dengan bekerja keras untuk membayarnya”. Wallahu’alam..
salam jihad=)
wardah sir..

Sunday, February 15, 2009

Kem Remaja Unggul

Alhamdulillah…dapat juga aku sampai di Teluk Senangin. Kem ini telah diadakan di Teluk Senangin, pada 13,14, dan 15/Feb 2009 dibawah anjuran Ikatan Mahasiswa Dinamik(IMAD). Kedua kalinya aku menjejakkan kaki disini. Jauh juga perjalanan ke sini. Jauh perjalanan luas pemandangan. Sampai je aku disini. Aku terus dapatkan tikar dan bentangkan tikar di dewan, memang berabuk la..kemudian aku check challet, dalam masa yang sama aku nak cari challet yang sesuai dengan ustaz sebagai pengiring. Akhirnya jumpa. Hampir semua challet aku bersihkan bersama Fadhilah Hayati, anak simpo aku. Challet muslimin je aku tak bersihkan. Biar dorang bersihkan sendiri. Tarbiyyah sket ehehe. Huh..penatnya tak terkata. Lepas tu, aku suruh peserta berwudu’ untuk solat maghrib berjemaah. Aku rasa macam ajk pulak. Sedangkan aku dah jadi Majlis Tindakan Imad(MTI). Sewaktu disana, macam-macam masalah yang timbul, contohnya ada lipas dan lipan dalam telaga. Dahlah air dalam telaga tu nak guna untuk memasak. Tapi itu semua mehnah bagi kita sebagai pendokong islam. Kita perlu berlapang dada menerimanya. Semua ujian tu, adalah mematangkan kita. Lepas tu, aku bagi usrah pada peserta. Usrah yang aku bagi tu, sebenarnya tak da tajuk. Aku bagi je pengisian ikut suka hati aku. Memang budak-budak tu, nampak ok lah. Banyak benda yang aku sentuh dalam usrah contohnya matlamat hidup, dakwah, Peranan mahasiswa sebagai agen perubah, dan yang paling best aku tanya pendapat sorang-sorang tentang..aku keluarkan statement “Politik dan dakwah tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu”. Entah ape2 aje aku rasa statement tu..ehehe..Alhamdulillah semuanya memberi respon yang memberangsangkan. Sebenarnya aku cakap apa yang aku terfikir je. Tak bersedia apa-apa pun. Tapi Alhamdulillah semuanya ok. Aku ada terbaca satu buku ni tentang Al-Arqam. Walaupun Al-Arqam telah diiktiraf sesat. Tapi masih banyak benda yang boleh kita belajar dari Al-Arqam dari segi method dakwah fardhiah yang cuba dipraktikkan. Aku juga kagum dengan sifat wala’ dan taat mereka pada pimpinan mereka. Nanti mungkin aku akan berkongsi dengan pembaca sekalian dengan secara lebih detail lagi. Sekarang ni aku masih dalam proses nak habiskan baca buku tu. Ada lagi setengah tak habis lagi..huhu

Sekarang ni, aku masih berada di Teluk Senangin. Aku nak rest jap. Lepas isyak ni mungkin ada pengisian yang akan disampaikan oleh ustaz dan ada beberapa aktiviti untuk peserta. Aku Cuma MTI aje. So, sekarang ni aku nak pantau pulak macam mana adik-adik wat program. Tapi bila adik-adik memerlukan bantuan tak dak masalah. Sekarang ni aku berada dihadapan laut. Bunyi ombak je lah yang aku dengar. Rasa tenang sket. Sebenarnya aku dalam keadaan runsing sekarang. Ialah next week aku ada banyak test. Tapi aku kene jugak g KRU. Tapi ada gak lah buku yang aku bawak. Sempat tak sempat baca, tu belakang kira. Yang penting aku bawa, kalau ada masa bacalah. Walaupun aku dah tak memegang apa-apa jawatan dalam Persatuan ni, Tapi aku rasa bertanggungjawab nak g. Aku nak pantau gerak kerja yang adik-adik buat. Mungkin ada sedikit komen dari aku dan sahabat-sahabat MTI yang len. Supaya the next program akan jadi lebih baik dan bagus. Mungkin sem ni adalah sem terakhir aku berada di Kampus ni, InsyaAllah..so, mungkin ini juga adalah sumbangan terakhir yang dapat aku sumbangkan untuk IMAD.

Pada pagi sabtu, aku ada wat meeting lak dengan semua ajk muslimat IMAD. Kami membincangkan masalah hati yang berlaku antara ahli IMAD. Lama gak lah kami meeting. Habis meeting, around pukul 3am. Kemudian ada yang sambung basuh ayam lah untuk masak esok. Tapi aku tido sebab aku ada meeting pagi sabtu. Takut time meeting collapse lak. So, hari sabtu aku tak tau macam mana perjalanan program. Pukul 3pm aku dah ada balik kat tempat program. Time tu Amazing Race. Aku pun amazing race gak dengan sahabat-sahabat MTI. Kami bina Istana Pasir y kami cipta sendiri. Seronok sangat. Kemudian ada gak lah pantau adik-adik. Then, sabtu malam ahad ada persembahan dari group-group peserta. Mula-mula tengok macam tak best. Aku pun ajak sahabat-sahabat MTI gi jalan-jalan kat persisiran pantai. Kami berempat berjalan-jalan dipersisiran pantai sambil ditemani dengan bulan dan bintang. MasyaAllah..sangat hebat ciptaan Allah. Begitu indah dan rasa sangat tenang. Kemudian kami terus gi sambung tengok persembahan. Peserta-peserta muslimat kali ni memang ada talent dalam lakonan. Heppy tgok dorang berlakon termasuk ajk-ajk. Persembahan muslimin dan muslimat memang buat asing-asing. Tapi yang paling best mestilah muslimat punye persembahan. Terdapat banyak moral value yang boleh diambil dari lakonan-lakonan kat c2. Kemudian dalam pukul satu ada meeting. MTI di jemput hadir meeting. Aku pun ajak sahabat-sahabat MTI. (Dalam hati) mungkin time tu, adalah peluang untuk aku tengok mcm mana meeting ahli-ahli IMAD. Maklumlah sem ni aku tak pernah masuk meeting IMAD sebab dah tak pegang ape-ape jawatan dalam IMAD. Ada beberapa kisah yang berlaku time meeting yang menyentuh perasaan, yang aku rasa sepatutnya tak perlu berlaku ketika meeting tersebut. Tapi, aku just berlapang dada. Bukan senang jadi pemimpin, kita kadang-kadang makan hati dengan ahli-ahli dibawah kita. Tapi, itu adalah asam garam dalam perjuangan. Takbir!!.

Pukul 3.30am ada slot muhasabah. Aku terlambat bangun. Huhu..tapi aku berkesempatan tengok, kejap je lah. Then aku terus g dapur. Nak siapkan makanan untuk sarapan pagi. Aku dengan kak Hurul wat jempu-jemput. Sedap..!!. Then, kami masak ntok masakan tengah hari lak. Masak ayam masak merah dan sayur kobis. Memang sedaplah kami masak..ehehe.. ada yang kate kalah dm3..bangga sketlah..Kalu ada sesiapa yang nak tau macam mana kita orang masak sedap macam tu, kami ada petua..kene isi borang dulu la..ialah secret resepi kan.. kene adalah procedure-procedure nya..sebenarnya biasanya aku jadi fesy. Tak pernah jadi ajk masakan. Tapi kali ni aku pecahkan Record Negara..Pergghh..aku masak untuk adik-adik. Best gak jadi ajk masakan. Rasa puas dapat bagi orang makan. Kami bertolak dari tempat program selepas solat zohor. Semua kelihatan penat. AJK jgn cakaplah..colapse terus. Nek bus je, semua sunyi sepi. Semua tido. Alhamdulillah akhirnya sampai kampus. Syukran jazilan kerana menjemput kami(MTI). Tahniah dan syabas pada semua ajk IMAD yang telah bertungkus lumus menjayakan KRU. Walaupun masih terdapat banyak kekurangan dan kelompangan yang perlu diperbaiki dan perhebatkan dari segi aktiviti. Moga KRU yang akan datang lebih menarik dan dapat meraih minat lebih ramai peserta untuk join KRU. Moga dengan berakhirnya program ini juga, akan dapat memberi impak positif kepada peserta-peserta sehingga menjadikan peserta lebih unggul dengan dakwah yang tidak berkesudahan seperti mana yang kita tahu kita ibarat rantai-rantai yang menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW. Jazakallahukhairan kathiran.

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..