wardah solehah

Saturday, February 7, 2009

Parti-parti di Malaysia

Setiap parti perlu mendukung prinsip rukunnegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Kita perlu percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip rukunegara in haruslah dihormati dan ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh itu, pergolakan yang berlaku di perak ini, masih boleh dielakkan dari menjadi lebih teruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan menjadi rujukan.
Dalam hal ini kita perlu percaya, apabila berlakunya pembubaran dewan undangan negeri, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak
Kini, diseru pada seluruh rakyat di Negeri Perak khususnya dan seluruh penyokong mahupun pendokong diseluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terperangkap dalam sebarang provokasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Berkhidmat untuk Islam.

Friday, February 6, 2009

Perak Darul Ridzuan

salam dari Perak...

Perak telah dikejutkan dengan berita pembubaran kerajaan pakatan rakyat. Zambry dari adun Pangkor telah mengangkat sumpah dengan menyatakan beliau adalah MB Perak yang baru di hadapan Sultan Azlan Shah dan sekaligus MB perak Ir Muhammad Nizar Jamaluddin telah menyaman beliau di mahkamah. Nizar memohon kepada sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri agar dapat memberi ruang kepada rakyat dalam menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang. Bagaimanapun isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menetukan kerajaan mana yang layak di takbir. Marilah sama-sama kita solat hajat dan berdoa supaya negeri Perak ditadbir dengan pemimpin yang menjiwai watak sebagai pemimpin serta sama-sama memperjuangkan hak rakyat.

Tuesday, February 3, 2009

Tazkirah

Kenapa aku di uji?


Apakah manusia mengirabahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji.
Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta
(Surah al-ankabut 2-3)


Kenapa ujian seberat ini?


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…ila akhir ayat
(Surah Al-Baqarah 286)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah 216)


Bagaimana nak hadapi ujian seberat ini?


Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
Apa aku dapat dari semua ini?
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…ila akhir ayat
(Surah At –Taubah 111)

Pada siapakah aku perlu berharap?

Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgahsana) yang agung”
(Surah At-Taubah 129)

Talam Oh Talam

Perghh…penatnyer. Baru je sampai bilik. Dari pagi sampai ke petang kat luar kampus. Ni first time aku drive kete auto. Kacang jer. Ingatkan susah. Alhamdulillah lagi senang dari kete manual. Mule-mule ingatkan kami nak cari barang, but then, kami g makan dulu. Dijah ajak g makan dulu. Farahah pun tak kesah. Bagus gak. Tengah lapar ni. Terus amek menu tengah hari. Kami g makan kat kedai makan Bandar U. Aku tak makan. Cume minum air the o ais. Tak selera nak makan. Lepas makan terus g pasaraya Halida. Tujuan kami g kedai Halida sebenarnya nak beli talam untuk persatuan. Ialah nantikan senang nak wat program, makan atas talam jer. Boleh budget sket. Cari punye cari talam. Akhirnya jumpe. Aku siap mintak discount lagi kat Apasaraya tu. Tak sangka dapat lak. Memang murah rezeki. Biasanya pasaraya harga mati. Kami bli 8 talam. Harap-harap cukuplah. Actually, talam tu bli guna duit kami
(student sem akhir). Saja je. Kirenye sumbangan dari kami untuk company. Huhu..then, kami g Kedai HPA. Nak bli barang. Tapi tutup. Kemudian kami pun balik jap. Sebab masih awal lagi. Pukul 1.30 ada appointment dengan ustazah lak. Nak bincang pasal sponsor. Sebab kami cadang nak mintak sponsor nak bli van persatuan. Ialah kami kan memerlukan kenderaan untuk memudahkan gerak kerja. Penting tu. Lepas tu kami balik. Aku rasa seronok kuar. Dah lama tak kuar ngan sahabat-sahabat. Aku ni jarang kuar. Kalau kuar pun sebab ada hal penting ja. Ni pun sebab nak beli talam. Kalu x agaknya x kuar. Aku bukan suka sangat berjalan ni. Biasa-biasa je. Dahlah ini sem akhir aku bersama dorang yang sama batch. Terasa akan nikmat ukhuwwwah nya. Dorang best. Memahami. Mudah untuk bekerjasama. Kalu ada diantara kita yang buat salah. Kami saling tegur menegur . Sahabat-sahabat ginilah yang sama-sama akan menuju siratol mustaqim dan mengapai jannah mu ya Allah..InsyaAllah ..ameen..takbir!!

Mahasiswa Agen Perubah : "Mahasiswa Glokal Aset Negara"

Apa peranan kita sebagai mahasiswa? Adakah belajar semata-mata? Banyak komitmen yang perlu digalas oleh semua mahasiswa Negara, antaranya dalam menegakkan Daulah Islamiah adalah matlamat utama. Mahasiswa adalah harapan agama, bangsa dan Negara. Jika kita hanya sibuk menegakkan bangsa. Kita tidak akan kemana. Tetapi bila mana kita memperjuangkan agama kita akan dapat merangkul keseluruhannya dalam konteks agama, bangsa dan Negara.

“Inni da’ei ilallah” adalah cita-cita utama mahasiswa. Mahasiswa digelar sebagai Duta-duta kecil yang menjadi agen perubah. Kepimpinan akan datang dapat dilihat melalui sikap dan akhlak anak remaja pada masa kini. Jika ramai remaja yang mengalami keruntuhan akhlak, khususnya mahasiswa apa yang akan jadi pada Negara pada suatu akan datang? Kita perlu mengubah suasana bukan diubah oleh suasana. Siapa yang akan menggantikan Abdullah Badawi, Najib, dan seangkatan dengannya jika bukan kita.

Kitalah sepatutnya yang mengisi segala kelompangan yang wujud pada pemimpin Negara. Kita tahu mereka hebat!! Tetapi sejauh manakah kehebatan mereka, kerana suatu masa nanti kita yang akan menggantikan mereka. Negara memerlukan mahasiswa sebagai pencetus revolusi. Masalah-masalah global Negara merupakan masalah mahasiswa. Tetapi harus diingat, Mancapai mardhatillah perlu disemat dalam jiwa setiap mahasiswa agar segala tindak tanduk tidak tersasar. Masa depan Negara terletak di bahu kita.

Adakah kita mahu lihat, pemimpin-pemimpin Negara kita dikuasai oleh pemimpin yang tidak menjiwai watak sebagai pemimpin serta tidak mempunyai roh-roh islam? Ayuh mahasiswa! Kita agen perubah! Jika kita biarkan, punahlah harapan Negara terhadap kita dalam menegakkan Dinul Islam di muka bumi ini. Mana dia Ar-ruhul jaded? Mujahid-mujahidah sekalian? Hancurkan sekularisme. Lakukan Tajdid. Bangunkan Daulah islamiyyah. Hidup mahasiswa! Takbir!

The Power Of Blood

Pada 10 January yang lepas, aku ternampak satu poster Kempen Menderma Darah yang diadakan di kampus aku..aku cakap pada roommate aku, jom derma darah. Roomate pada mulanya macam tak percaya. Tapi, esoknya selepas habis kelas dalam pukul 12.30pm kami terus ke tempat derma darah yang terletak tidak jauh dari Fakulti. Sebenarnya aku tak pernah menderma darah. Inilah kali pertam aku menderma

Kempen Derma Darah diadakan selama 2 hari. Aku masa tu berpuasa sunat hari khamis. Roomate aku tak bagi puasa, tapi aku degil nak juga puasa. Bukan apa, kalau berpuasa, dan derma darah besar kemungkinan akan pengsan. Selepas isi borang, aku terus jumpa g cek darah, timbang berat dan ketinggian. Semuanya ok. Tapi bila dah sampai nak ambil darah, pembantu perubatan tanya samada aku dah sarapan belum. Aku dengan jujurnya cakap belum, dan dia terus tak bagi. Aku pun try gak yakinkan dia yang aku tak kan pengsan. Tapi, dia tetap tak bagi. Dia suruh aku derma esok. Aku pun ok walaupun dalam keadaan agak sedih sebab tak dapat nak derma hari tu.

Esoknya, Jumaat. Aku habis kelas pukul 10am. Aku terus ajak kak Hurul, jiran bilik aku untuk sama-sama derma darah masa tu, Kak Hurul Masa tu juga kali pertama derma darah. Bile sampai je tempat tu, aku buat check up lagi sekali. Semuanya berjalan lancar. Masa tu, aku tak berpuasa. Aku baring di atas aktil yang disediakan dan nurse datang nak ambil darah aku. Jenis darah aku ‘o’. Memang darah yang sangat diperlukan. Tetibe aku menjerit..aduhhhhhhh... memang sakit. Sebab nurse cuba cucuk banyak tempat, sebab darah aku susah nak keluar. Akhirnya ok.

Sebanyak 320ml diambil. Selepas selesai ambil darah, aku diminta supaya berehat seketika sebab takut pengsan. Selepas beberapa minit , aku diarahkan bangun. Ketika itu, Kak Hurul masih belum selesai ambil darah. Aku tunggu Kak Hurul. Tetibe setelah beberapa minit berdiri, aku rasa macam pening-pening dan mata aku semakin lama semakin kabur. Aku terus dapatkan tiang, supaya aku dapat berpaut pada tiang tu. Tetibe aku terjaga. Aku nampak Kak Hurul berada depan aku. Kak Hurul kata aku pengsan. Ha’..Aku agak terkejut. Sebab sebelum ni, aku tak pernah pengsan.

Tiba-tiba phone berbunyi. Aku suruh Kak Hurul angkat. Sebenarnya masa tu, adalah masa grouping. Aku tak dapat datang grouping sebab tak sihat. Nasib baik member grouping aku ok je. Selepas itu, aku terus balik bilik, sebab nak berehat dalam bilik ja. Aku tidur lama, sampaikan Roomate aku balik pun, aku tak sedar.

Kawan-kawan marilah sama-sama kita Menderma Darah. Darah-darah kita sangat diperlukan oleh pesakit-pesakit di luar sana. Besar pahala nya jika kita dapat menderma. Apa yang ada pada kita tak akan kekal lama. Ianya milik yang Esa. Pada suatu masa nanti, ianya akan kembali pada yang NYA. Kita perlu rasa bersyukur kerana kita masih diberikan darah yang cukup dan tubuh badan yang sihat. Tunjukkanlah rasa bersyukur itu, dengan kita sama-sama menderma darah. Syukran=)

Monday, February 2, 2009

Nasi Lemak


Dijah: enti katner?
Aku: ana kat atas lagi(Tingkat 3 Blok Anggerik 1). Ada per?
Dijah: bley wireless ke?
Aku: x
Dijah: meh turun-turun. Tolong jual nasi lemak.
Aku: nasi lemak??. Ok2
Sampai je bilik. Ape hal? Ni Kak Hanis mtak tolong jual nasi lemak. O ye ke. Ok. Aku pun ngan dijah start jual kat Anggerik 1..Setiap bilik kami ketok.
Dijah: tuk-tuk( bunyi ketukan pintu)Assalamualaikum Nasi lemak.
Aku: nasi lemak, nasi lemak.

Setiap pintu kami ketok, sambil jerit nasi lemak. Jiran jiran bilik sume gelak2 tengok kitaorang jual nasi lemak. Dorang cam tak pecaye. Muke kitaorang jual nasi lemak. Dijah biar ana jadi Bendahari..enti pegang separuh nasi lemak, ana pegang separuh.

Aku: dik nasi lemak dik..
Pembeli: nak satu kak.
Aku: satu je? Beli la lagi. Tu kawan-kawan tu..
Pembeli: x per satu je..ehehe
Aku: ok, jual =)
Pembeli: Beli=)
Yes..aku punye nasi lemak habis dulu..ehehe..
Dijah: tolong lah ni..pegang banyak lagi..
Aku: bak cnie..eh2 ala..duit nak jatuh..dijah tolong..ala rasa cam ada duit y jatuh tak jupa lagi.
Dijah: Ko pakai spect ke tak ni??
Aku: Pakaila..!
Dijah: Tu..kat kasut tu..ihhh budak ni..Nak g maner lagi ni? Tu, Nampak kat bilik tv tu ada ramai2 orang. Meeting ke budak2 Block Anggerik2
Aku: Taklah. AJK Block je meting. Jomlah kita g block sebelah jual.
Dijah: Are u sure?
Aku: Yes!
Dijah: Fine..ada lagi 4 ni
Aku: Jap agi habis r

Seperti biasa menjerit nasi lemak-nasi lemak..beberapa minit kemudian, Alhamdulillah habis..Dijah pun kire duit hasil jualan.

Dijah: nak g bilik Zai ni, nak validasi. Tapi x tau bilik y mana satu, tapi area cnie la.
Aku: kita jerit je la nama die. Nanti mesti dia kuar.
Aku&Dijah: assalamualaikum Zai..oh Zai bukak pintu..bilik kamu maner satu?
Zai: ws. Masuklah
Dijah: kami bru habis jual nasi lemak.
Zai: sape punye?
Dijah: kawan kami.
Zai: o…

Kami pun terus masuk dan wat validasi. Alhamdulillah settle. Aku dapat free aje. Zai belanja print. Dijah pun same. Moge dia dimurahkan rezeki. Kalu nak tau, zai ni anak simpo Sarah. Sayang giler die dekat Sarah. Bagusla..bley bawa g program tu..nampak ok ja..ok lahh aku nak sambung wat taxation ni, Sekadar berkongsi dengan teman-teman pengalaman jual nasi lemak bersama roommate tercintaa

Pemimpin Anda

“Ketua(penhulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka”.(H.R. Al-Hakim)

Seorang bapa tidak akan kenyang sebelum anaknya kenyang. Seorang guru tidak akan membiarkan muridnya menghadapi masalah sendiri tanpa dibantu. Begitu juga seorang pengarah atau pengurus sesuatu organisasi, pertubuhan atau jama’ah, tidak akan membiarkan bawahannya bekerja tanpa panduan yang tepat.

Dalam islam, ketua adalah seorang yang berkhidmat kepada orang dibawah jagaan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Ketua (penghulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka”. (H.R. Al-Hakim )

Ciri-ciri peribadi ketua dalam hubungannya dengan orang bawahannya adalah:

1. Berusaha mendidik dan memimpin mereka menuju kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
2. Ibadahnya lebih daripada orang bawahannya agar mudah dicontohi dan diteladani oleh mereka
3. Akhlaknya cantik dan ukhuwwahnya kuat dengan orang bawahannya, hingga orang bawahannya terlalu kasih dan terasa terhutang budi kepadanya
4. Cara hidupnya tidak berbeza dengan cara hidup orang bawahannya. Mereka boleh bekerja, berbincang, bergurau, makan, berjalan dan berehat bersama-sama.
5. Tidak bersikap cakap tak serupa bikin. Setiap peraturan atau arahan yang ingin dikuatkuasakan, dia yang terlebih dahulu melaksanakannya agar jadi teladan dan orang bawahannya terdorong untuk mematuhinya kerana sikapnya itu, bukan kerana lisannya. Apabila da masalah yang berbangkit, di bijak menyelesaikannya disamping bermesyuarat dengan bawahannya dan mendengar pandangan mereka.
6. Bersikap sabar dan berlapang dada dengan ragam dan karenah bawahannya.
7. Mudah diziarahidan sering menziarahi. Rumahnya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
8. Bersikap pemurah. Pemurah dengan ilmu, pemurah dengan nasihat, tenaga, harta, dan apa sahaja yang dimilikinya untuk orang lain. Rasulullah s.a.w. disebut “Karrihil Mursalah” kerana sifat pemurahnya sangat ketara tanpa berkira

Demikianlah diantara beberapa sifat dan peribadi seorang ketua. Selaku ketua bagi sesebuah rumahtangga, pejabat, syarikat, pertubuhan, atau dalam masyarakat dan Negara, seseorang itu hendaklah amat peka da arif akan tugas dan tanggungjawabnya di dunia dan di akhirat. Kepimpinannya akan disoal di akhirat kelak.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Kamu semua adalah pemimpin dan semua kamu akan diminta pertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Seorang isteri juga adalah pemimpin di dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam menguruskan rumah majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.”

Hutan Lipur Kuala Woh

Aku: Kak, jom g jalan-jalan kat Kuala Woh. Kalu akak ok, kita balik kampus jumaat ptg, then kita g sane sabtu pagi dalam kol 8pg tgu akak kat bus stop depan. Kalu kak free la. Kalu bz, xper.

Kak Hanis: ok..bley jer..

Aku: ok..=)

Pagi tu aku tgu kak Hanis kat depan Kampus. Aku duduk kat bus stop. 8.20pg baru kak Hanis muncul. Then, beberapa minit kemudian, bus pun sampai..perjalanan kami mengambil masa selama lebih kurang 3 jam dari kampus ke Kuala Woh. Memang penat la. Bayangkan kami naik 3 bus. Masa dalam bus macam-macam aku berborak dengan kak Hanis. Especially pasal company. Memang seronok borak dengan kak Hanis. Dia seorang pendengar yang baik. Macam-macam benda baru yang aku dapat dari Kak Hanis. Mula- mula memang rancang nak terus g kat Kuala Woh tu, tapi tetibe kak Hanis ajak g umah sorang sahabat ni dulu. Sebab umah dia dekat je dengan Kuala Woh tu. Kami berada di rumah Sayang sekejap je. Kebetulan masa kami datang dia dah nak balik kampus. Lepas, beberapa minit beborak ngan ibu Sayang, kami pun g Kuala Woh ngan teksi. Dekat je sebenarnya. Jalan kaki pun bley.

Sewaktu sampai di Kuala Woh, Aku terus g survey tampat. Sebenarnya tujuan utama aku g sane nak survey tampat ntok KRU. Subhanallah.. memang cantik tampat tu. Kat situ ada kolam air panas, ada titi gantung, ada muzium, ada track dan yang paling penting ada camping side. Camping side die memang ok n sesuai nak wat program KRU. Siap da kawasan khemah lagi. Challet jangan cakap la..of course ada. Setiap challet ada toilet. Toilet awam pun ada gak. Dekat ja dengan kawasan Challet. Sewa untuk Challet sangat murah dan sangat selesa. Ada surau yang cantik dan bersih, Dewan yang besar, dan padang yang luas.

Sebelum aku pergi tengok2 camping side, aku naik titi gantung dulu. Lepas naik titi gantung baru jumpe track dan muzium. Ingat kan nak masuk muzium, tapi tutup time tu. Lepas tu, baru aku g camping side..Time tu, budak-budak UPM tengah wat program. Tapi, Kak Hanis dengan beraninya jupa salah sorang budak UPM dan cakap nak try masuk kawasan camping dorang untuk wat survey. Dorang ok ja. Tetibe perut berbunyi lapar. Aku pun cakap ngan kak Hanis. Kak, jom gi makan. Lapar..’ok’ jawab Kak Hanis. Biar akak belanja. Akak dah keje. Aku pun tak kesah. Seronok gak ada orang belanja(Monolog)..ehehe..Sebelum makan, kami singgah jap kat Office Kuala Woh tu. Kami dapatkan list sewa untuk camping side. Sampai je kat gerai. Terus order makanan. Ermmm…sedapnya dapat makan..Alhamdulillah..sambil makan, sambil buat costing untuk penempatan dan makanan dengan meniliti senarai kadar sewa untuk penempatan. Bila kira-kira. Memang murah lah. Penempatan hanya RM350 dan makanan catering hanya RM800. Mane nak dapat sewa murah macam tu..jika nak dibandingkan dengan camping side yang sangat sesuai dan selesa.

Lepas perut kenyang, aku ajak kak Hanis g main air kat sungai. Sangat ramai pengunjung ketika itu. Segan pun ada gak. Tapi main air ja, bukan mandi pun. Tetibe aku terjerit..Aduhhh…panas nya…sebenarnya aku tak perasan. Time tu, aku berada di kolam air panas. Kelakar betol. Kak Hanis gelakkan aku. Sebenarnya taklah terlalu panas pun. Cumanya aku terkejut.. nasib baik aku jerit, xdak sape y dengar. ketike itu aku message asmah. Aku cakap aku sedang berada di Kuala Woh. Then die call. Aku ceritakan sedikit suasana disini..die seolah-olah teruja dan suruh aku g booking tempat tu untuk KRU..setelah habis bercerita, phone pun mati. Aku tersedar.. ehh dah lambat nih..x solat lagi..(suara hati)..kak jom gi solat. Aku memang tak sedar. Syok sangat main air..tetibe Zhafran call pulak..suh booking gak tempat tu. Sebelum gi surau, aku terus g office nak booking tempat. Tapi sayang, dah full. Bulan 3 je available. Aku terus message dorang, cakap dah full. Perasaan aku ketika itu, sangat sedih..tapi, takpelah. Kita merancang, Allah juge merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Btol x??. Allah x lihat hasil, tapi Allah lihat pada usaha kita. Aku berjemaah di surau bersama Kak Hanis. Kak Hanis banyak bagi nasihat dan dorongan pada aku. Seronok sangat-sangat. Lepas solat, kami call pakcik teksi suh amek kami kat Kuala Woh.

Kami pun balik. Sampai di Tapah, kami amek bus ke Kampar, dari Kampar, kami amek bus ke Gopeng. Sepatutnya amek bus ke Medan Kid, Tapi kami nak singah jap kedai kereta. Nak survey kereta. Sebanyak 6 kedai kami survey. Aku berkenan dengan kete GTI. Nice!!.dah lah murah dan nampak baru lagi..walaupun secondhand. Tapi, kurang sesuai untuk gerak keje persatuan. Ketika di kedai kete macam-macam bende aku tahu tentang kereta. Astahgfirullah al azim..kak. Kita dah lambat ni, x solat asar lagi. Yelah..jom kita solat dulu. Nek teksi la. Nak x? cepat sket. Takot x sempat. Ok jer..Alhamdulillah beberapa mint kemudian teksi sampai. Kami terus g medan Kid. Ketika di dalam teksi, kami lalu satu area, yang mane banyak kedai kete kat ctu. Kak tengok tu..ish3x banyak nye kdai jual kete kat Perak ni. Kami terus plan, yang kami akan pergi kat citu when kami free nanti..InsyaAllah tak lama lagi. Masa dalam teksi lagi hujan turun dengan lebatnyer. Sampai jer kat medan Kid, Aku dan Kak Hanis terus g bli tiket balik Kampus. Kami terpaksa redah hujan semata-mata nak beli tiket. Kami dapat tiket akhir pukul 7malam. Alhamdulillah nasib baik ada tiket. Kalau x, x balik kampus lah nampaknya. Then, kami terus g satu restaurant dan tanye owner restoren tu. Ada x tempat solat area medan Kid? Pakcik tu cakap ada tu memang da. Tapi, tempat kurang selesa dan kemungkinan besar tempat tu banjir. Try g tengok kat belakang restoren ni. Kami pun bergegas kesana. Aku sangat terkejot..Kak betol ke tu tempat solat?..jawab Kak Hanis. Yep. Tempat tu, memang banjir sket. Susah untuk digambarkan. Tapi, nasib baiklah tak kotor sangat. Alhamdulillah masih boleh untuk solat. Kami berjemaah di sana dalam keadaan yang basah kuyup. Aku cakap ngan Kak Hanis sambil tersenyum, ni barulah betol-betol tarbiyyah. Kami berjemaah disana. Selepas solat, kami dapatkan bus. Dan terus naik bus. Kak Hanis duduk tepi sebelah tingkap. Aku duduk sebelah Kak Hanis. Kesian Kak Hanis masa tu. Bumbung bus tu bocor. Habis Kak Hanis n Beg die basah. Tapi nasib baiklah tak basah kuyup. Hujan terus turun dengan lebatnye..tanpa henti. Beberapa minit kemudian, akhirnya aku sampai di kampus gak. Aku terus ke Pusat Islam untuk solat maghrib dan isya’ disana. Then, baru balik bilik. Macam-macam mehnah dan tribulasi yang aku hadapi semasa bersama-sama Kak Hanis. Sume benda tu menjadi kenangan manis wat aku. Syukran jazilan Kak Hanis kerana sudi menemani aku jalan-jalan.

MLM??

Apa itu MLM?? MLM adalah singkatan Multi Level Marketing. Ramai yang menganggap MLM adalah business y tipu orang. Pada aku, MLM x semuanya menipu. Ada yang ok..yang dikatakan menipu dan tak betol adalah disebabkan system yang diguna pakai. Salah satunya system berunsur riba’. Kalau kita katakan sume MLM tak betol bagaimana pula dengan HPA? Adakah ianya menipu? Fikir-fikirkan sendiri.


Aku pernah join salah satu MLM. Mule ada orang ajak g office. Aku pun ikut aje. Orang yang bawa aku tu, orang yang aku percaya. So, tak la risau sangat. Then, dia bawa aku g jalan2 sekitar office. Kemudian tunjukkan marketing plan. Memang teruja selepas tu. Bila pq2, aku terus nak join. Aku nekad, nak cari RM2500 untuk modal bizness. Aku target pada diri sendiri yang aku nak dapatkan RM2500 dalam mase 2 hari. Alhamdulillah akhirnya capai target. Aku pun join la bizness ni dan digelar sebagai franchisee. Dan start dari tu aku cari partner. Dan lama kelamaan aku dapat seramai 3 orang partner. Cukup 5 orang partner aku digelar sebagai Baron. Aku nak cepat2 jadi baron, aku pun trus bli Baron tanpa 2 orang lagi partner. Means, aku beli stock dulu. Aku beli stock dengan harga RM6k. Tau tak cam mane aku dapat RM6k?..aku juga ada target masa yang aku beri pada diri aku sendiri sama macam cari duit untuk franchisee . Aku target 3 hari, tapi aku berjaya kumpul dalam masa 4 hari. Alhamdulillah..When aku dapat partner, aku akan tolak stock aku dan secara tak langsung aku akan dapat cash money. Nak ke position seterusnya aku kene jadikan 3 orang bawah aku Baron macam aku. Setelah beberapa bulan aku pun jadi count. Now aku still count.. Sebenarnye partner aku semuanyer adalah kawan aku. Aku pernah gak try cari stranger. Tapi Cuma berjaya bawa g office je. Stranger tu x nak join. Isk3x sedih gak. Adalah dalam 3 orang aku bawak. Tapi aku dapat rasakan yang ini merupakan satu kejayaan besar buat aku, when aku dapat bawa stranger2 terhormat ke office dan tunjukkan peluang bizness kat dorang, walaupun dorang tak join. Now, aku nak pesan pada pambaca blog sekalian, first, niat kene btol..Aku join business ni adalah kerana DIA dalam masa yang sama untuk membantu dan memberi peluang pada orang len. How to get income easily? Kita percaya 9/10 dari keuntungan adalah dari berniaga. So, tgu apa lagi, buatlah business!! Ini merupakan satu jalan yang agak mudah untuk dapatkan income. Walau apapun usaha tetap kene ada r. Apa-apa pun dalam hidup ni, tanpa usaha tiada hasil. Dan biasanya kawan2 yang aku ajak adalah orang yang ekonomi tak stabil dan hidup agak susah. Semenjak aku memegang jawatan Executive Company, Aku stop jap. Aku nak focus pada Company. When duk dalam Company memang tak sempat nak MLM. Sebenarnya pada mulanya ibu ku tak bagi join, sebab modal terlalu besar. Tapi aku yakin yang aku boleh wat dan aku percaya high risk, high return. Disebabkan ibuku nampak yang aku bersungguh-sungguh, ibu pun tak kisah. Terpulanglah pada aku. Ibu percaya pada aku setelah melihat kesungguhan dan keazamanku. Ibu ‘Sporting’. Memang banyak income yang aku dapat. Income tu untuk ibu…dan beberapa ribu lagi, aku masukkan dalam bank..Ni juga merupakan pengalaman yang indah buat aku..lagi2 pengalaman cari duit nak join bisness. Bila orang tau aku banyak duit, ramai btol lah nak pjm. Aku tak kisah. Tapi y aku sedih, pjm tak nak bayar balik. Sekarang ni, adalah around RM2k orang hutang kat aku. Aku nazar, kalu ada yang bayar, aku akan infaqkan sebahagian dalam tabung Company. Isk3 sdihnyer..Tapi kalu dorang tak nak bayar, xpelah aku halal kan ajelah. Sebelum aku join bizness ni, aku banyak mengkaji tentang bizness ni. Aku try tanye ustaz2 dan sahabat2 serta aku serve kat internet tentang business ni. Setelah aku yakin, baru aku join this business.


Notes:
Kalau kawan2 nak tau macam mana saya dapat duit dalam jangka masa yang singkat, saya ada strategy dan petuanya. Nak tau tak?

Moral of the Story:
1) Kita perlu yakin pada diri sendiri, Then baru bley yakinkan orang lain.
2) Perlu ada keyakinan dan keazaman dalam diri dalam melakukan sesuatu kerja.
3) Melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.
4) Perlu ada target dalam diri dan usaha dalam mencapai target tersebut.
5) Perlu ada sifat berani dalam diri.
6) Berfikiran positif.
7) Jangan ada sifat berputus asa.
8) Perlu cuba sesuatu yang baru.
9) Jangan mudah percaya, sebaliknya perlu mengkaji dan berfikir dahulu sebelum bertindak
10) Bijak mendahulukan yang terpenting dari yang penting.
11) Bijak membahagi masa
12) Perlu ada sifat tolong menolong
13) Pengorbanan
14) Berdaya saing
15) Niat kene betol dan clear
16) Perlu ada strategy
17) Bersifat hati-hati dan jangan mudah dipengaruhi
18) Berfikitan matang dan jauh kehadapan”Think about future”


zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..