wardah solehah

Saturday, February 7, 2009

Parti-parti di Malaysia

Setiap parti perlu mendukung prinsip rukunnegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Kita perlu percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip rukunegara in haruslah dihormati dan ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh itu, pergolakan yang berlaku di perak ini, masih boleh dielakkan dari menjadi lebih teruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan menjadi rujukan.
Dalam hal ini kita perlu percaya, apabila berlakunya pembubaran dewan undangan negeri, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak
Kini, diseru pada seluruh rakyat di Negeri Perak khususnya dan seluruh penyokong mahupun pendokong diseluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terperangkap dalam sebarang provokasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Berkhidmat untuk Islam.

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..