wardah solehah

Tuesday, February 3, 2009

The Power Of Blood

Pada 10 January yang lepas, aku ternampak satu poster Kempen Menderma Darah yang diadakan di kampus aku..aku cakap pada roommate aku, jom derma darah. Roomate pada mulanya macam tak percaya. Tapi, esoknya selepas habis kelas dalam pukul 12.30pm kami terus ke tempat derma darah yang terletak tidak jauh dari Fakulti. Sebenarnya aku tak pernah menderma darah. Inilah kali pertam aku menderma

Kempen Derma Darah diadakan selama 2 hari. Aku masa tu berpuasa sunat hari khamis. Roomate aku tak bagi puasa, tapi aku degil nak juga puasa. Bukan apa, kalau berpuasa, dan derma darah besar kemungkinan akan pengsan. Selepas isi borang, aku terus jumpa g cek darah, timbang berat dan ketinggian. Semuanya ok. Tapi bila dah sampai nak ambil darah, pembantu perubatan tanya samada aku dah sarapan belum. Aku dengan jujurnya cakap belum, dan dia terus tak bagi. Aku pun try gak yakinkan dia yang aku tak kan pengsan. Tapi, dia tetap tak bagi. Dia suruh aku derma esok. Aku pun ok walaupun dalam keadaan agak sedih sebab tak dapat nak derma hari tu.

Esoknya, Jumaat. Aku habis kelas pukul 10am. Aku terus ajak kak Hurul, jiran bilik aku untuk sama-sama derma darah masa tu, Kak Hurul Masa tu juga kali pertama derma darah. Bile sampai je tempat tu, aku buat check up lagi sekali. Semuanya berjalan lancar. Masa tu, aku tak berpuasa. Aku baring di atas aktil yang disediakan dan nurse datang nak ambil darah aku. Jenis darah aku ‘o’. Memang darah yang sangat diperlukan. Tetibe aku menjerit..aduhhhhhhh... memang sakit. Sebab nurse cuba cucuk banyak tempat, sebab darah aku susah nak keluar. Akhirnya ok.

Sebanyak 320ml diambil. Selepas selesai ambil darah, aku diminta supaya berehat seketika sebab takut pengsan. Selepas beberapa minit , aku diarahkan bangun. Ketika itu, Kak Hurul masih belum selesai ambil darah. Aku tunggu Kak Hurul. Tetibe setelah beberapa minit berdiri, aku rasa macam pening-pening dan mata aku semakin lama semakin kabur. Aku terus dapatkan tiang, supaya aku dapat berpaut pada tiang tu. Tetibe aku terjaga. Aku nampak Kak Hurul berada depan aku. Kak Hurul kata aku pengsan. Ha’..Aku agak terkejut. Sebab sebelum ni, aku tak pernah pengsan.

Tiba-tiba phone berbunyi. Aku suruh Kak Hurul angkat. Sebenarnya masa tu, adalah masa grouping. Aku tak dapat datang grouping sebab tak sihat. Nasib baik member grouping aku ok je. Selepas itu, aku terus balik bilik, sebab nak berehat dalam bilik ja. Aku tidur lama, sampaikan Roomate aku balik pun, aku tak sedar.

Kawan-kawan marilah sama-sama kita Menderma Darah. Darah-darah kita sangat diperlukan oleh pesakit-pesakit di luar sana. Besar pahala nya jika kita dapat menderma. Apa yang ada pada kita tak akan kekal lama. Ianya milik yang Esa. Pada suatu masa nanti, ianya akan kembali pada yang NYA. Kita perlu rasa bersyukur kerana kita masih diberikan darah yang cukup dan tubuh badan yang sihat. Tunjukkanlah rasa bersyukur itu, dengan kita sama-sama menderma darah. Syukran=)

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..