wardah solehah

Tuesday, February 3, 2009

Mahasiswa Agen Perubah : "Mahasiswa Glokal Aset Negara"

Apa peranan kita sebagai mahasiswa? Adakah belajar semata-mata? Banyak komitmen yang perlu digalas oleh semua mahasiswa Negara, antaranya dalam menegakkan Daulah Islamiah adalah matlamat utama. Mahasiswa adalah harapan agama, bangsa dan Negara. Jika kita hanya sibuk menegakkan bangsa. Kita tidak akan kemana. Tetapi bila mana kita memperjuangkan agama kita akan dapat merangkul keseluruhannya dalam konteks agama, bangsa dan Negara.

“Inni da’ei ilallah” adalah cita-cita utama mahasiswa. Mahasiswa digelar sebagai Duta-duta kecil yang menjadi agen perubah. Kepimpinan akan datang dapat dilihat melalui sikap dan akhlak anak remaja pada masa kini. Jika ramai remaja yang mengalami keruntuhan akhlak, khususnya mahasiswa apa yang akan jadi pada Negara pada suatu akan datang? Kita perlu mengubah suasana bukan diubah oleh suasana. Siapa yang akan menggantikan Abdullah Badawi, Najib, dan seangkatan dengannya jika bukan kita.

Kitalah sepatutnya yang mengisi segala kelompangan yang wujud pada pemimpin Negara. Kita tahu mereka hebat!! Tetapi sejauh manakah kehebatan mereka, kerana suatu masa nanti kita yang akan menggantikan mereka. Negara memerlukan mahasiswa sebagai pencetus revolusi. Masalah-masalah global Negara merupakan masalah mahasiswa. Tetapi harus diingat, Mancapai mardhatillah perlu disemat dalam jiwa setiap mahasiswa agar segala tindak tanduk tidak tersasar. Masa depan Negara terletak di bahu kita.

Adakah kita mahu lihat, pemimpin-pemimpin Negara kita dikuasai oleh pemimpin yang tidak menjiwai watak sebagai pemimpin serta tidak mempunyai roh-roh islam? Ayuh mahasiswa! Kita agen perubah! Jika kita biarkan, punahlah harapan Negara terhadap kita dalam menegakkan Dinul Islam di muka bumi ini. Mana dia Ar-ruhul jaded? Mujahid-mujahidah sekalian? Hancurkan sekularisme. Lakukan Tajdid. Bangunkan Daulah islamiyyah. Hidup mahasiswa! Takbir!

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..