wardah solehah

Monday, February 2, 2009

Pemimpin Anda

“Ketua(penhulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka”.(H.R. Al-Hakim)

Seorang bapa tidak akan kenyang sebelum anaknya kenyang. Seorang guru tidak akan membiarkan muridnya menghadapi masalah sendiri tanpa dibantu. Begitu juga seorang pengarah atau pengurus sesuatu organisasi, pertubuhan atau jama’ah, tidak akan membiarkan bawahannya bekerja tanpa panduan yang tepat.

Dalam islam, ketua adalah seorang yang berkhidmat kepada orang dibawah jagaan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Ketua (penghulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka”. (H.R. Al-Hakim )

Ciri-ciri peribadi ketua dalam hubungannya dengan orang bawahannya adalah:

1. Berusaha mendidik dan memimpin mereka menuju kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
2. Ibadahnya lebih daripada orang bawahannya agar mudah dicontohi dan diteladani oleh mereka
3. Akhlaknya cantik dan ukhuwwahnya kuat dengan orang bawahannya, hingga orang bawahannya terlalu kasih dan terasa terhutang budi kepadanya
4. Cara hidupnya tidak berbeza dengan cara hidup orang bawahannya. Mereka boleh bekerja, berbincang, bergurau, makan, berjalan dan berehat bersama-sama.
5. Tidak bersikap cakap tak serupa bikin. Setiap peraturan atau arahan yang ingin dikuatkuasakan, dia yang terlebih dahulu melaksanakannya agar jadi teladan dan orang bawahannya terdorong untuk mematuhinya kerana sikapnya itu, bukan kerana lisannya. Apabila da masalah yang berbangkit, di bijak menyelesaikannya disamping bermesyuarat dengan bawahannya dan mendengar pandangan mereka.
6. Bersikap sabar dan berlapang dada dengan ragam dan karenah bawahannya.
7. Mudah diziarahidan sering menziarahi. Rumahnya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
8. Bersikap pemurah. Pemurah dengan ilmu, pemurah dengan nasihat, tenaga, harta, dan apa sahaja yang dimilikinya untuk orang lain. Rasulullah s.a.w. disebut “Karrihil Mursalah” kerana sifat pemurahnya sangat ketara tanpa berkira

Demikianlah diantara beberapa sifat dan peribadi seorang ketua. Selaku ketua bagi sesebuah rumahtangga, pejabat, syarikat, pertubuhan, atau dalam masyarakat dan Negara, seseorang itu hendaklah amat peka da arif akan tugas dan tanggungjawabnya di dunia dan di akhirat. Kepimpinannya akan disoal di akhirat kelak.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Kamu semua adalah pemimpin dan semua kamu akan diminta pertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Seorang isteri juga adalah pemimpin di dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam menguruskan rumah majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.”

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..