wardah solehah

Friday, January 30, 2009

Anak, mahasiswa, dan daie

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..InsyaAllah semester ni merupakan semester akhir aku berada di kampus ni..memang besar tanggungjawab sebagai anak, mahasiswa, dan daie..banyak pengorbanan yang perlu kita buat sebangai seorang pemimpin khususnya. Kadang-kadang terlalu banyak kita bekorban, sampai diri sendiri terkorban..ish2 dasyatnya..Aku pernah aktif Persatuan Silat Cekak Malaysia, memegang jawatan Exco Kerohanian di Fakulti, Ketua KIK Kolej Anggerik1 dan dalam masa yang sama juga aku bergiat aktif di dalam Persatuan Islam di Kampus yang memegang jawatan sebagai Bendahari..Semua jawatan ni memang berat untuk dipikul..kerana ia merupakan amanah buat aku..Apa pun, study perlu smart. Tapi setelah beberapa semester memegang jawatan-jawatan tu, aku pun quit. Cumanya aku hanya bergiat aktif di dalam persatuan Islam di Kampus sahaja sehingga kini. Yang lain terpaksa aku lepaskan walaupun ianya agak pahit. Sebab aku tahu yang aku tak mampu untuk jalankan tanggungjawab sebaiknya jika aku teruskan dengan menjawat jawatan-jawatan tersebut. Yang paling sedihnya aku terpaksa quit silat, sedangkan masa tu aku hampir tamat silat dan aku sangat suka belajar silat. Aku quit silat sebab selalu time aku ada kelas silat, time tu lah ada meeting untuk persatuan islam yang aku join tu, kalau tak pergi tak boleh pulak. Ialah aku kan Bendahari. So, aku terpaksalah aula kan persatuan tu, dari silat. Untuk Fakulti pulak biasanya pegang jawatan setahun sahaja. So, lepas setahun, aku pun dah tak pegang Exco Kerohanian lagi. Ganti lah pulak dengan orang lain. Walaupun waktu tu, ada yang suruh aku sambung lagi..aku kata, takpelah bagi peluang kat orang lain lak. Kurang lah lagi satu komitmen aku time tu..Alhamdulillah. Untuk KIK lak, every weekend busy dengan presentation, dengan komitmen pada persatuan di kampus lagi, memang kelamkabut. Lagi-lagi aku ketua KIK. So, aku dengan beraninya jumpa encik Nasir, warden Kolej Anggerik 1, dan cakap yang aku tak nak terlibat lagi dengan KIK. Sebelum tu, aku dah jumpa dengan ahli group aku. Kami memang sepakat taknak join KIK. Aku pun cakap dengan cik Nasir cam tu, mula-mula memang macam marah. Tapi, lama-lama bila aku dah slow talk dengan dia. Dia pun ok dan suruk kita orang semua cari pengganti..Malam tu gak kami beramai-ramai cari orang untuk ganti kami. Ehehe..bukan apa, sebab persatuan islam yang aku join tu, sangat aktif dan aku kene aulakan persatuan ni dari yang lain. Sebab aku tau persatuan ni merupakan wasilah dalam konteks menjadikan kampus biah solahah insyaAllah..aku lebih suka dan dan cenderung dengan persatuan ni sebab memang sesuai dengan jiwa aku dan sahabat-sahabat dalam persatuan ni semuanya ok. Hidup memang kelamkabut sewaktu aku memegang jawatan-jawatan tu, bilik aku tu, kadang-kadang ibarat hotel. Ialah aku ni asyik keluar masuk bilik aje. Kesian roomate aku asyik kena tinggal aje. Tapi Alamdulillah lah sebab dia memahami aku, dan kadang-kadang dia rasa kesian tengok aku..ke hulu ke hilir tak duduk senyap. Kalau weekend kadang-kadang ramai kawan-kawan yang balik kampung. Tapi aku tak. Nak tak nak kena duduk kampus siapkan assignment dan setiap minggu memang ada program yang dijalankan oleh Persatuan Islam yang aku join tu..Memang banyak pengalaman yang aku dapat sehingga kan kini aku rasa banyak benda yang mengajar aku..duduk dikampus bukan hanya belajar, tapi kita juga sebagai seorang pendakwah yang menjadi agen perubah. Tetapi jangan lupa, dalam masa yang sama tugas sebagai anak perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dikampus ini lah banyak mengajar aku erti kehidupan dengan berbekalkan kekuatan dan semangat dari sahabat-sahabat yang menjadikan aku lebih kuat. Sampai disini sahaja setakat ini..Harap semua pembaca blog dapat input dari pengalaman dan coretan cerita aku selama 6 semester di sini. Wallahu'alam.

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..