wardah solehah

Friday, January 2, 2009

Da'ie ilalah

Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap pemuda muslim ialah bahawa urusan amal Islami adalah urusan yang menentukan dan asasi. Jadi dia mestilah pandai memilih jalan mana yang patut dilalui. Juga dapat memastikan tentang keselamatannya. Tidak perlu ia tergesa-gesa dalam memilih sesuatu jemaah untuk memasukinya lantas bekerjasama dengannya di dalam melaksanakan prinsip-prinsip islam. Dia mestilah sentiasa ingat bahawa ia hanya mempunyai satu umur dan satu jiwa. Jadi janganlah dipertaruhkan hidup yang habya sekali itu kepada satu jemaah yang belum diyakini kebenarannya. Sebaliknya dia mestilah terlebih dahulu mengkaji dan menimbangnya dengan semasak-masaknya sehingga nyata kepadanya bahawa jemaah yang hendak dimasukinya itu adalah jemaah Islam yang benar. Itu lebih baik daripada memilih jalan lain yang tidak benar dan memasukinya tanpa selidik dan periksa terlebih dahulu.

Patutlah disebutkan di sini bahawa unuk merialisasikan segala tuntutan Islam hendaklah melalui jalan Rasulullah (s.a.w). Sebelum baginda membangunkan Ad Daulah Al Islamiah yang pertama itu, baginda menekankan dan mementingkan persoalan sekitar oenegakan akidah Islam di dalam jiwa mukminin. Kemudian mendidik mereka di rumah Al Arqam (Darul Arqam) dengan hidangan Al-Qur'an di Madrasah Rasulullah (s.a.w). Dari Madrasah itu, terbentuklah para lelaki akidah (rijalul akidah)

Akidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa mereka malah menjadi asas di dalam kehidupan mereka. Mereka mengorbankan waktu mereka, usaha mereka, kesihatan mereka, fikiran, harta, malah nyawa mereka untuk aqidah Islam. Mereka tetap berpegang teguh kepadanya dan rela menanggung segala gangguan dan penindasan. Mereka tidak pernah berundur, walaupun apa akan terjadi pada diri mereka. Mereka terus menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan dan berjihad pada jalannya dengan harta dan jiwa mereka. Mereka itulah yang menjadi tiang dan teras yang kuat di dalam asas Ad Daulah Al Islamiah yang pertama.

Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan dan menyusun mereka. Rasulullah (s.a.w) mengikat janji dan sumpah setia dengan mereka untuk sama-sama membela agama ini dengan segala apa yang ada pada mereka.

Demikianlah, Rasulullah (s.a.w) telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan akidah datang dahulu, kemudian diikuti pula oleh kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan senjata. Apabila dasar dan asas yang kuat dan pejal telah terbentuk, mereka mampu menghadapi musuh-musuh Allah (s.w.t) dan mampu pula membalas segala pencerobohan dan kekuatan

Firman Allah Taala:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah (s.w.t) benar-benar berkuasa menolong mereka."
(Al-Haj: 39)

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..