wardah solehah

Wednesday, February 11, 2009

Lompat Parti

salam mahasiswa...

Lompat parti merupakan isu yang sering dipermainkan dalam politik Negara. Ianya merupakan asam garam dalam politik yang dimainkan oleh pemimpin- pemimpin Negara, walaupun ianya membawa kepada jatuhnya maruah sesuatu parti dan semestinya bercanggah artikel 16(6) Perlembagaan Persekutuan. Kita sebagai mahasiswa, perlu memandang isu ini sebagai perkara penting dalam politik Negara. Saranan kepada mahasiswa agar kita tidak terlalu emosional dan tidak perlu terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang ingin mengambil kesempatan. Kita perlu menghormati institusi beraja dan mandat rakyat Perak yang mempunyai hak ke atas negeri Perak. Kita sewajarnya menjadi penilai kepada isu-isu politik yang dipermainkan oleh pemimpin Negara kita. Tugas mahasiswa sebagai pelajar tidak dapat menafikan peranan mereka yang turut menjadi check dan balance kepada pemimpin Negara. Hidup mahasiswa!!

Monday, February 9, 2009

ukhuwwah fillah menyemai mahabbah

My Opinion

Pergelokan yang berlaku di Perak merupakan satu cabaran besar bagi aktivis-aktivis PAS khususnya dan PKR secara amnya. Saya berpendapat perlunya Menteri Besar Perak meletakkan jawatannya sendiri supaya sultan tidak murka terhadap beliau. Bila mana hilangnya kepercayaan sultan terhadap beliau , ini sedikit sebanyak akan mengganggu gugat gerak kerja. Menter Besar perlu bersifat terbuka dan redha tentang segala mehnah yang dihadapi oleh beliau dan rakyat di negeri Perak. Kita perlu tahu dan sedar bahawa keputusan yang diputuskan oleh sultan telahpun diperhalusi oleh banyak pihak. Sepertimana yang kita tahu kerajaan yang berada dibawah pemerintahan PKR selama 11 bulan ini, terdiri daipada banyak yang berbangsa cina(DAP). Kesan daripada itu, sultan tidak mahu suatu masa nanti kerajaan Perak dibawah naungan cina dan lenyaplah hak-hak orang melayu di bumi Perak. Sekiranya kerajaan bertukar tangan kepada UMNO, dengan ini dapat menambahkan keyakinan sultan terhadap kerajaan baru ini, hal ini kerana barisan pimpinan UMNO majority adalah orang melayu. Segala yang berlaku ni hendaklah kita memandang ia pada sudut yang positive. Supaya Barisan alternative lebih bersifat progresif, optimis dalam segala hal serta memperbaiki segala kelompangan yang wujud supaya ianya menjadi lebih baik.

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..