wardah solehah

Thursday, March 26, 2009

Selebriti @ murabbi


Aku sedang melihat-lihat blog orang lain.. tiba-tiba aku terlihat satu blog yang tajuknya menarik minatku untuk teruskan membaca apa yang dikarang oleh penulis iaitu "kau murabbi bukan selebriti"...ambillah manfaat dan nasihat terutamanya bagi yang bergelar pemimpin. Khususnya buat insan yang kerdil ini..koreksi dan muhasabah diri amat perlu dari semasa ke semasa. Ianya perlu konsisten..

"Leaders are learners"-Pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Saat kita berhenti belajar, saat itulah kita berhenti memimpin. When you are stop learning, you are stop leading. Walaupun kita bukan menjadi pemimpin dalam organisasi yang besar, Tapi setidak-tidaknya kita adalah pemimpin untuk diri sendiri, tetapi tak mustahil juga kita akan menjadi pemimpin untuk anak-anak bila mana kita sudah berkeluarga. Jika lelaki sudah tentu menjadi pemimpin keluarga untuk isteri dan anak-anak.

Aku tersentap seketika..bila terbaca satu statement "Kecenderungan seseorang penulis asyik menulis tentang dirinya sahaja. Begitu juga penceramah asyik bercakap tentang dirinya sahaja"... orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang 'orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri

Tetapi tak salah jika kita berkongsi pengalaman kan??...Tetapi jangan keterlaluan. Dalam article itu juga ada menyatakan penulis dan pendakwah kini, tidak syumul dari segi personalitinya. Bagaimana tu?... yang dimaksudkan adalah biarlah pendakwah ini adalah lebih baik sedikit dari golongan yang diserunya. Kalau tidak masyarakat akan kecewa apabila melihat figure-figure yang mereka kagumi malah ingin teladani adalah tidak seperti yang mereka harapkan.

Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!..ada yang mempersoalkan kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu dimanakah letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?

Pernahkah anda terdengar mengenai Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa keluhannya?”

“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”

Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?

Go................fikir-fikir.....................jadi apa yang dimaksudkan di sini, pendakwah atau penulis mesti mengenengahkan konsep dakwah, islam dan tarbiyyah bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam bukan kepada produk atau kumpulan. Wallahu'alam..

Bilakah Suara Wanita Menjadi Aurat?



Pada prinsipnya suara wanita tidak dikira aurat. Allah tidak melarang wanita bercakap dengan lelaki selagi tidak menimbulkan fitnah bagi dirinya dan bagi lelaki itu, tetapi tidak boleh melembut-lembutkan suara dengan tujuan menggoda atau melalaikan. Firman Allah di dalam al Quran:


"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al-Ahzab: 32)


Dalam ayat ini, Allah memerintahkan wanita berkata dengan ma'ruf. Ini membuktikan suara mereka bukan aurat. Demikianlah pendapat Syeikh Atiyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya “Soal Jawab Wanita Islam.” – (Yadim Kuala Lumpur, 1997).


Imam al-Ghazali juga berkata: “Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi - maka pada saat itu suaranya aurat.


"Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatwa Muasirah memetik dalil, suara wanita bukan aurat. Kata beliau, al-Quran sendiri mengandungi ayat yang membenarkan wanita berdialog dengan Nabi Muhammad.Pada zaman dahulu ramai kaum wanita di kalangan sahabat yang datang menemui Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam untuk bertanya dan berdialog bersama baginda. Mereka menanyakan pelbagai perkara, termasuk hukum dan didengar oleh kalangan sahabat lelaki. Mereka tidak dilarang bersuara ketika itu.


Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram).Tiada khilaf dalam hal ini.(Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137;)


Imam As-Suddi berkata : Larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)


Walaupun begitu, wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang, kecuali di kalangan mereka sendiri. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan imam dalam sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih seperti yang dilakukan oleh lelaki, tetapi memadailah dengan menepuk tangannya saja. Mereka juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan sembahyang.


Kesimpulan suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :


1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam


Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )


2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan.


Ia adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)


Rujukan:

1. Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nasyid, tulisan Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman.

2. Ruangan Rencana dan Pendapat sebuah majalah on-line.


p.s:Nasyid wanita tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Tetapi jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita, ia adalah harus.Wallahua' lam.

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..