wardah solehah

Monday, February 23, 2009

Kewajipan Melebihi Masa Yang Ada

mengejar masa

Jam menunjukkan tepat pukul 5.00 pagi…deringan “alarm” daripada telefon bimbit membingitkan telinga. Bangun! Mulakan hari anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat!!! Terngiang-ngiang di fikiran ini tentang satu mesej daripada seorang kenalan…mesejnya berbunyi “ Salam. Morning Adik! Apa khabar iman adik-adik pagi ini? Tugas utama kita pada hari ini ialah, BAGAIMANA NAK MEMPERTINGKATKAN IMAN kita lebih dari semalam…Fikir………………… GO!!!!Semoga Berjaya…”


Hmm…seperti biasa, seorang insan yang lemah, hari ini dapat peringatan, sehari dua sahaja berkesan di hati…lepas seminggu,mulalah lalai kembali. Allah kurniakan kepada hambaNya nikmat masa tetapi adakah kita mensyukuri nikmat kurniaanNya? 24 jam kita sia-siakan begitu sahaja. Cuba kita renung kembali…adakah kita menggunakan setiap saat itu untuk mengingati Al-Khaliq? Sedangkan dalam solat pun begitu susah untuk kita menghadirkan hati untuk mengingatiNya…inikan pula di luar solat. Astargfirullah…


Aku teringat satu kuliah Maghrib yang disampaikan oleh seorang ustaz yang menyertai perjuangan ISLAM….katanya, Islam sukar untuk mencapai kemenangan di negara ini kerana pejuang-pejuang Islam khususnya dan umat Islam amnya meletakkan kerja-kerja Islam ini sebagai kerja “PART TIME” dan bukannya “FULL TIME”. “UMUR KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT, TETAPI SUMBANGAN KITA TERHADAP ISLAM SEMAKIN HARI SEMAKIN LUNTUR,”Ustaz tersebut menghabiskan ucapan terakhirnya pada hari itu. Tersentap aku mendengarnya… benar apa yang dikatakan. Mungkin masih ada tercalit sedikit perasaan sebegitu dalam hati masing-masing, terutamanya diri yang kerdil ini. Mungkin sebagai mahasiswa, kita meletakkan menuntut ilmu fardhu kifayah itu perkara pokok kita berpijak ke dunia kampus ini...Astargfirullah…


Pernahkah kita terfikir…ketika di akhirat kelak, bukankah kita akan ditanya tentang umur kita bagaimana kita manfaatkan? Dan bukankah Allah jua telah memberi amaran kepada kita di dalam surah Al-asr…? Dan jua Rasulullah juga pernah bersabda di mana Rasulullah saw berpesan supaya kita ingat lima perkara sebelum datangnya 5 perkara? Salah satunya rebutlah kelapangan yang ada, sebelum datangnya kesempitan. Oleh itu, isilah masa anda dengan perkara-perkara yang dapat membawa anda mengapai redhanya. Jauhkan perkara-perkara lagha yang akhirnya menyebabkan kita jatuh ke lembah kemaksiatan. Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..