wardah solehah

Monday, February 23, 2009

Tazkiyatun Nafs

Assalamu’alaikum wbt buat semua saudara/i Islam yang dicintai lillahitaala walau di mana kalian berada.

Saudaraku, dalam kita melangkah terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat pada perhitungan kita hingga kita terduudk menangis. Peritnya terasa, namun ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman.

Sedarlah saudaraku, ujian itu tidak lain adalah untuk menguatkan jiwa dan mematangkan kita. Janganlah sesekali kita menyerah kalah. Sedangkan dalam hal pendidikan juga ada ujian dan peperiksaan yang bertujuan menguji tahap kefahaman kita. Begitu jugalah kehidupan ini, kita sering diuji kerana hidup ini akan dinilai di akhirat kelak dan yang lulus akan ke syurga manakala yang gagal akan dicampak ke Neraka dan mendapat azab yang setimpal dengannya. Yang mendapat kelulusan cemerlang pula akn ke syurga yang tertinggi.

Jadi saudaraku, tak perlulah lari dari ujian yang menekan jiwa tapi perkuatkanlah jiwa untuk menghadapi ujian yang hadir dan terus hadir dalm kehidupan kita demi kecemerlangan kehidupan di akhirat nanti , InsyaAllah

Tazkiyatun nafs (penyucian jiwa)…itulah kunci kejayaan kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat yang abadi . Kerana hatilah raja kepada seluruh anggota kita. “IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS, DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS”

Syukran Bittaufiq...Syurga merinduimu...
Salam juang,
Wardah Sir..

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..