wardah solehah

Monday, February 23, 2009

Penyembelihan Ayam


Alhamdulillah..selesai sudah aku basuh jubah yang terkena darah sembelihan ayam tadi. Sape tak sayang baju, nak-nak lagi jubah baru yang dibeli beberapa jam lepas di Karnival Keusahawanan di Kampus. Program penyembelihan ni, dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Dinamik. Program ni adalah salah satu program dibawah Majlis Penghayatan Islam(MPI) yang diadakan seminggu. Sebelum praktikal penyembelihan aku dan Sal g Pusat Islam dulu dengar teori cara-cara penyembelihan, syarat-syarat dan berkaitan dengannya. Kami datang lambat sket, sebab terbangun lambat.. huhu..Nasib baik dorang semua tak start sembelih lagi. Selepas selesai ceramah penyembelihan, aku dan yang lain g tempat projek penyembelihan belakang DM1. DM kesayanganku..Pada mulanya aku memang tak nak sembelih ayam, just nak tengok aje. Lagipun aku pakai jubah time tu, takut gak lah jubah baru terkena darah dan tak boleh hilang.Tapi, tiba-tiba rasa tercabar bila ustaz cakap tak kan takut ayam kot. Aku berfikir seketika..ini tak boleh jadi, aku pun menyahut cabaran ustaz. Ustaz saya nak try!!..ustaz kate kamu pakai jubah, nanti kene darah susah nak hilang. Aku time tu tak kira, aku yakin yang jubah yang kene darah boleh hilang dengan syarat kene g basuh cepat-cepat bile dah kene darah. Ustaz pun kate takpe. Nanti kene basuh cepat-cepat kalu kene darah. Mule-mule rasa cuak sket. Tapi aku yakin yang aku boleh buat. Sejurus kemudian aku berjaya menyembelih ayam yang dibantu oleh sahabiah-sahabiah. Ada yang tolong pegang kaki, kepak dan aku semestinya pegang kepala. Senang je sebenarnya sembelih ayam ni..bila sekali dah try, rasa nak sembelih lagi. Sabar-sabar wahai hati, bagi peluang kat orang lain pulak. Aku memberi semangat kepada yang tak try lagi. Memang tak dapat dielakkan darah kene jubah baru aku..cool-cool..(monolog) aku segera g ke toilet nak basuh jubah yang kene darah. Toilet kolej jauh sangat. Aku mintak permission kat abang-abang DM1 untuk tumpang toilet. Settle..ala dah lambat ni, aku ada keje time tu, aku pun beredar dari tempat kejadian dengan segera. Ada yang lebih aula perlu diselesaikan. The point is, sebenarnya jubah bukan menjadi penghalang untuk sembelih ayam. Lain lah kalu bersukan, main netball ke.. The small matter. Yang penting kesanggupan kita berkorban untuk mengorbankan benda yang kita sayang.. Barulah dinamakan pengorbanan. Bukan berkorban benda yang kita tak sayang. Itu bukan pengorbanan. Tak adventure. Kene yakin dan pasti kita boleh buat dengan pertolongan DIA. Aku rasa bahagia dapat cuba sesuatu benda yang baru dan inilah yang dikatakan pengalaman. Moga MPI berjalan dengan lancar hendaknya. Terima kasih Sarah dan yang lain kerana menjemput akak dalam program penyembelihan ni. Jasa kalian Tuhan yang dapat membalasnya..=)..Thanks a lot..

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..