wardah solehah

Saturday, December 5, 2009

Ujian Adalah Tarbiyyah

KAK FARAH…..u must be strong!! Ujian adalah tanda sayangnya Allah kepada kita...ingat tak surah yang sering kali syam sebut-sebutkan ketika usrah…”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah 2:216). Ayat ni sesuai sangat dengan kak Farah & family…Ujian adalah tarbiyyah dari Allah nak menguji keteguhan iman kita ’ان ألله مع ألصابرين‘ walaupun tiada disisi tetapi doa sentiasa mengiringi...

Jangan lupa baca doa yang syam send by message ye…itu doa ma’thur. Bagus doa tu & remind balik asma ul husna yang kita bincangkan semasa usrah…setakat itulah yang syam mampu tolong…Alhamdulillah kak & husband banyak support juga dari saudara-saudara dan kawan-kawan jauh mahupun dekat. Itu tandanya semua orang prihatin dan sayang pada akak sekeluarga. Subhanallah…Tak putus-putus orang menziarahi suami akak di hospital

Dengan nasihat-nasihat dan mutiara semangat daripada depa, InsyaAllah akak akan jadi lebih tabah setabah Srikandi-srikandi Islam insyaAllah...seperti sabda Rasulullah s.a.w : “bandingan orang mukmin saling berkasih sayang dan bertimbang rasa sesama mereka adalah seumpama tubuh yang satu. Seandainya salah satu anggotanya sakit nescaya seluruh tubuh yang lain mengadu kesakitan”.

Riwayat Bukhari : “Wujudkanlah tali persaudaraan yang ikhlas natijah daripada kasih sayang demi mencapai keredhaan Allah. Binalah persaudaraan ummah atas dasar iman dan taqwa kepada Allah. Sebagai insan biasa, memang susah kita nak accept semua ni. Lagi-lagi ia datang secara mengejut. Tapi syam percaya berbekalkan motivasi dan semangat akak n husband, akak boleh accept ujian ni dengan redha.

Setiap orang Allah beri ujian yang berbeza-beza, Ujian yang Allah tahu sesuai dengan kesanggupan hamba Nya. Means that, ujian untuk Kak Farah ini, adalah ujian yang Kak Farah boleh hadapi.‘لأ يكلف ألله نفسا الأ وسعها‘. DIA tahu setakat mana kemampuan hamba-hambanya. I know u can face it. Berdoalah senantiasa agar dipermudahkan menghadapi ujiannya. ‘وقال ربكم ادعوني أستجب لكم’

Syam suka dengar when akak nasihat, motivate syam or bagi apa-apa input. Sometime bila kita berborak mesti banyak input yang akak salurkan pada kami…especially pada syam n kak fatihah. Bukan borak kosong. Bestlah…akak banyak ilmu. Walaupun perkenalan kita baru beberapa bulan, tapi rasa macam dah kenal lama...itulah “ukhuwwah fillah”…tersimpul dengan ikatan aqidah…luv u so much..

Mungkin ikatan ukhuwwah ini yang menyebabkan bila kak di beri ujian sebegini, syam juga rasa tempiasnya…macam Puan Saerah n sahabiah lain kata, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit juga...Dont worry my dear, pasti ada hikmah disebalik ujian. Teringat pula, bila kita main tarik-tarik tali bila usrah last month kalau tak silap…kita sakit, sahabiah lain pun terasa sakit gak..sampai Puan Jas pun teriak sakit. Macam surah Al-Hujuurat ayat 10.

“U are carring person, that’s y everyone carring with u”…take care na…care your husband and u too. Jangan lupa makan dan tidur secukupnya. We LOVE u!!!..Inilah secebis bingkisan semangat yang sempat syam coretkan buat akak dan family…Moga ianya menjadi santapan buat diri ini dan pembaca-pembaca sekalian.Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah, tetapi disandarkan kepada insan yang lemah ini. Wallahu a’lam…syukran



No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..