wardah solehah

Tuesday, July 7, 2009

Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09)

Bersempena dengan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara, beberapa anggota Gamis cawangan negeri Perak telah berkesempatan untuk menemui S.S Dato’ Seri Mufti Negeri Perak pada 9 Jun 2009 yang lepas di pejabat beliau bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta seterusnya menjemput beliau untuk hadir sama ke kongres yang julung-julung kalinya diadakan ini. Ikuti sedutan penting temuramah ringkas kami bersama beliau.

GAMIS Perak : Assalamualaikum wbr. Terima kasih kerana sudi menerima permohonan kami untuk bertemu dengan Dato’ Seri biarpun jadual yang begitu padat.Kami amat berbesar hati dapat bertemu bual dengan Dato’ Seri yang cukup disegani sebagai seorang mufti yang konsisten dan lantang memperjuangkan isu ummah seperti isu gejala murtad suatu ketika dahulu. Baiklah, diringkaskan cerita, selaku orang yang cukup masak dalam lapangan masyarakat dan berdepan secara langsung dengan permasalahan ummah, apakah pandangan Dato’ Seri berhubung dengan sistem pendidikan khususnya sistem pendidikan Islam yang diamalkan di Malaysia kini?


Mufti Perak : Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Baiklah, sewaktu zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah merubah Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan, dengan tujuan bahawa kita bukan belajar ilmu sekadar untuk melahirkan intelektual semata-mata, tapi kita belajar untuk menjadi seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Kerana itulah diubah kepada Kementerian Pendidikan. Jadi termasuk dalam usaha ini yang kita panggil sebagai tarbiyyah Islamiah. Saya dah bangkitkan lama isu pendidikan Islam ini, satu di antaranya kesilapan yang paling besar pernah dibuat ialah apabila subjek pendidikan Islam ini tidak dijadikan matapelajaran yang wajib , ia hanya menjadi subjek sampingan. Yang kedua, Islam hanya diajar untuk pengetahuan bukan untuk amalan, jadi kerana itu kita kena ubah sistem yang sedia ada ini. Umpamanya kita kena usahakan dalam bahagian pendidikan aqidah, tekankan bahagian aqidah Islamiyah ini sehingga para pelajar kita benar-benar menjadi yakin dan benar pegangan aqidahnya. Kita juga perlu tekankan aspek pendidikan syariah Islamiyyah, hingga mereka merasakan satu kewajiban untuk melaksanakan syariat Allah, barulah akan lahir manusia yang sebenar-benar mukmin .

Gamis Perak : Jadi Dato’ Seri, izinkan saya mencelah. Apa yang dinyatakan Dato’ sebentar tadi menggambarkan kelompongan yang begitu ketara dalam sistem pendidikan Islam di Negara ini. Sekiranya tiada perubahan dilakukan, bagaimanakah Dato’ Seri melihat natijah yang bakal berlaku?

Mufti Perak : Sekiranya ini tidak dilaksanakan akan melahirkan manusia yang muslim hanya pada nama, bahkan jauh daripada ciri-ciri yang layak selaku mukmin. Ini yang kita kena ubah. Saya dah bercakap lama isu ini , tapi ramai orang marah. Akibat dari sistem pendidikan yang pincang ini yang kita tinggalkan terus urusan agama, akhirnya lahir satu generasi yang hanya hidup dalam kepalanya memikirkan soal kebendaan, diburukkan lagi dengan sogokan media-media dengan hedonism dan pesta-pesta yang bukan-bukan, sehingga masyarakat menjadi lalai. Maka ketika inilah kita lihat anak muda kita mudah dipengaruhi dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya yang dengan itu dijadikan umpan untuk merosakkan umat.

Gamis Perak : Bercakap berkenaan kerosakan ummat, pada kami, kami melihat kaitan yang begitu rapat antara pendidikan Islam dan isu keruntuhan akhlak dan kekosongan jiwa masyarakat daripada penghayatan Islam yang akhirnya menjurus kepada lemahnya iman dan berleluasanya gejala murtad. Adakah Dato’ Seri bersetuju dengan kenyataan ini dan bolehkah Dato’ Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’ Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?

Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi. Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad) .

Gamis Perak : Jadi, apakah langkah yang sepatutnya kita lakukan?
Mufti Perak : Saya rasa sampai masanya kita kena bertindak dan lakukan sesuatu. Keadaan yang sedia ada ini perlu diubah dan diperbetulkan. Saya amat berharap agar kongres ini sebolehnya dijemput semua ngo-ngo,badan- badan, dan parti-parti politik termasuklah UMNO sebagai satu force dan kuasa yang cukup kuat untuk mendesak kerajaan berfikir dan melakukan perubahan demi kesejahteraan generasi akan datang.


Gamis Perak: Untuk pengetahuan Dato’ Seri, insyaALLAH wakil-wakil dari ngo, pertubuhan-pertubuh an berkaitan dan parti-parti politik termasuklah UMNO memang telah dijemput untuk menghadiri kongres ini. Izinkan saya bertanyakan soalan yang terakhir, sekiranya perubahan tidak dilakukan, apakah yang akan terjadi, dan apakah harapan Dato’ Seri terhadap usaha kami dalam menganjurkan kongres ini?

Mufti Perak : Saya berpandangan, selagi sistem pendidikan Islam terus dianaktirikan dan dipandang sebagai benda sampingan, maka selagi itulah masalah kepincangan ummah dan kerosakan nilai ini tidak akan berubah ke arah yang lebih baik bahkan akan bertambah parah lagi. Alhamdulillah , saya amat terharu kerana kesedaran ini timbul dari penuntut atau mahasiswa itu sendiri. Sepatutnya warga pendidik yang sedar dan berjuang melaukan tindakan yang sepatutnya tetapi tidak berlaku sebaliknya perubahan mahu dilakukan oleh kaum mahasiswa.. Saya rasa saya amat bersetuju dengan penganjuran kongres ini dan berbesar hati untuk mengikutinya, dan berharap hasil yang lumayan daripada kongres ini. Saya amat-amat berharap, selama hayat masih ada di dunia ini, saya mahu lihat sistem pendidikan Islam di Negara ini diangkat dan diutamakan sebagai kunci penyelesaian masalah ummah yang kian parah ini..

Gamis Perak :
Terima kasih Dato’ Seri..

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..