wardah solehah

Saturday, December 5, 2009

Zikrullah-Hati

Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaanNya.
Wahai sahabatku serta saudaraku, Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir..

Banyak nas yg mengungkapkan menfaat dzikir, dan perintah melaksanakannya, dengan tegas dan muhkamat..dan dzikir juga merupakan kunci dan ruhnya setiap peribadatan tidak kira samada berdzikir dengan lidah, aqal, qalbi, pancaindera, Ruh, Sirr ke dan sewaktu dengannya, semuanya Allah lebih Maha Mengetahui akan kesungguhan cara dan kaedah untuk mengingatiNya ( Dzikir ) kerana semuanya yang berlaku sebenar-benarnya adalah kerana Di atas IzinNya dan RahmatNya...

Dzikir pun kadang-kala boleh jadi kelam kabut bila asyik nak mengejar bilangan dzikir...kononnya nak capai maksud tertentu. Setahunya dzikir itu dilakukan dengan tenang, Kualiti mengatasi kuantiti.. Biar lambat asalkan sempurna. Ikut kemampuan bukan kemahuan demi mendapatkan KeredhaanNya..

Pada pandangan saya,.. kemuncak dzikir bukan lagi menjadi kiraan-kiraan tertentu atau mentera-mentera suci mahupun kalimah-kalimah Haq dan bertempat-tempat, tetapi haqiqatnya merasai..informasi ini bukan lagi berupa khayalan ataupun kesimpulan intelektual tetapi pengertian pada sebuah kenyataan yang bisa di rasakan itupun di atas IzinNya dan RahmatNya..bukan untuk di perdebatkan kerana hal ini sebuah rasa yang mesti di masuki.."

Jangan berhenti pada pandang dan tilik untuk setiap denyutan jantung kita tapi teruskan merasai pada yang sedang menggerakkan denyutan jantung mahupun qalb itu, Ia amat dekat dan lebih dekat lagi dari ( hati On-Off ) ke ??, atau apa istilahnya semahu hati ".wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..