wardah solehah

Saturday, December 5, 2009

Pemimpin

DALAM surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi nescay amereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencagah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”

Dalam ayat ini Allah menceeritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripad Allah. Mereka ialah golongan yang diteguhkan kedudukan mereka dimuka bumii berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam Al-Hasan dan Abu Al’-Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai golongan daripada umat yang diberikan kemenangan oleh Allah. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai pemimpin-pemimpin. Imam Ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai mereka yang dikurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam Al-Jamik Li Ah-Kamil Quran oleh Imam Qartubi. Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberikan cek kosong kepada para pemimpin. Sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah mendirikan sembahyang, menunauikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar

Pemimpin & Solat

Seseorang pemimpin muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik. Dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru Pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadat kepadanya dan ibadah yang paling penting ialah solat. Seorang muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, nabi bersabda, “sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu. Sahabat-sahabatpun berkata: Bolehkah kami menentang mereka? Jawab nabi: Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya

Pemimpin & Zakat

Hubungan yangbaik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada dimasjid unutk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boeh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenagan duniawi. Jika boleh, kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam senang lenang

Antara contoh terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seoarag pemimpin yang bertaqwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu, kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya Khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya.” Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah Al-Hajj ayat 41menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan

Pemimpin & Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak jepada makruf dan mencegah kemungkaran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini, Imam Qartubi dalam Al-Jamik Li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa dan ulamak

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..