wardah solehah

Wednesday, May 6, 2009

Bingkisan Semangat Buat Mujahid Muda dan Mujahidah Solehah

Iqraaa'3x

"Disaat hati dan fikiran bercelaru ..Al-Quran menjadi penenangnya.."

"Senandungkan Al-Qur’an di tepi-tepi sungai, di pinggiran hutan yang rimbun, di antara burung-burung yang sedang berkicauan membaca untaian puisi cinta, atau di hadapan gemercik aliran air sungai yang sedang mengisahkan perjalanannya dari hulu ke hilir..."



Setiap sesuatu itu bertasbih memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak dapat memahami cara mereka bertasbih..."
~Surah Al-Isra', Ayat 44~

Salam imtihan..

..Buat semua sahabat perjuangan moga berada di dalam redha Allah..

Exam2x……….

Pening? Serabut? Tension? macam-macam perasaan ada...Muhasabah balik punca hati gelisah, sedih, kenapa tak tenang...
Pesanan buat diri dan untuk semua..luangkanlah waktu menatap ayat-ayat suci Al-Qur'an.Dampingilah kalamullah, di waktu sempit, di waktu lapang.
Jangan jemu mengalunkan puisi-puisi indah dalam kitab-Nya. Di situ ada keajaiban yang tak tersingkap, di situ ada penawar yang tak terlihat, di situ mukjizat yang hebat...
Moga 'mutmainnah' sudi mengetuk pintu hatiku...ameen...
"Alaa bizikrillaahi tatma'innal quluub..."

Kepada sesiapa yang masih berada di medan jihad..teruskan perjuangan anda. Moga kejayaan yang menjadi impian seterusnya menjadi milik anda. Marilah sama-sama kita tanamkan keyakinan bulat-bulat kepadanya agar kita sentiasa bergantung harap padaNya. InsyaAllah..sepertimana yang dijanjikan oleh Allah. ‘Jika kita menolong agama Allah, pasti Allah akan menolong kita’(surah Muhammad; ayat7). Marilah sama-sama kita manfaatkan sedikit masa yang kita ada untuk menghabiskan saki baki hari untuk menuntut ilmu pinjamanNya..disamping mencantikkan dan memperkasakan hari-hari kita dengan sentiasa mencintai dan mengingatiNya, lafazkan kalimah cinta dari bibir yang sentiasa dahagakan zikrullah, dan ayat-ayat qur’an sebagai santapan rohani yang tidak kunjung malap. Agar kita ini sentiasa diberi sakinah ketika sebelum, dan selepas menjawab peperiksaan.

Bismillahirrahmanirrahim…Ya Allah berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon darimu..anugerahkan aku kejayaan dalam peperiksaan akhirku..anugerahkan kejayaan kepada semua teman-temanku..jangan ada di antara kami yang sedihnya sendirian dan juga kepadaku, andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan, Engkau yang Maha Agung, mudah-mudahan A untuk semua subjek.. Amin-amin Ya Rabbal ‘alamin..

Moga doa ini dimakbulkan..istajibillah humma du’a ana3x…

Berdoa lah..sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin..usaha terakhir buat kita..go……………………

"Kata-kata cinta terucap indah...
Mengalir berzikir di kidung doaku...
Sakit yang ku rasa...
Biar jadi penawar dosaku..."

Ingatlah sahabat-sahabat…
~setelah kesulitan pasti ada kemenangan~
~sabarlah wahai hati...la tahzan..~

Manusia mampu merancang..akan tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang..Bila mana yang kita inginkan tidak dimakbulkan oleh Allah, Maka sudah tentu Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik buat kita dihadapan sana yang mana tidak terlintas difikiran kita akan hikmah yang dicipta oleh Nya buat jiwa yang kerdil ini..Masya Allah..(surah al-baqarah;ayat 216)..Setelah kuat berusaha, berdoalah, dan terakhir adalah bertawakal..’Barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya’(surah at-tahalaq;ayat3).. sahabat-sahabat..Allah mengurniakan apa yang kita PERLU bukan apa yang kita mahu. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami apa yang terbaik di sisiMu serta jadikanlah kami tergolong dalam golongan yang bersyukur..amin-amin..ya Rabbal ‘alamin..

Irhamna Ya Allah..Faghfirlana Ya Allah..

~memburu segulung ijazah atas redhaMu-Rabbi~

“Demi jiwa serta penyempurnaannya. MakaAllah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan/kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh, beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya.” (QS Asy Syam: 7-10)

our dream –wanna be jundi yg kuat..Takbiir!!..insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

zikrullah

Photobucket
MyMuslimPage.com Cursors
read quran

Ni hamster saya. Errmmm..dia kuat makan. Kita bagi dia makan sama-sama ek. Biar cepat gemuk..